TIPS: Cara salin teks dalam gambar di Android dan iOS dengan mudah - pakdin.my

Pernah tak anda berada dalam situasi, perlu salin teks yang terpampang di sebuah tempat untuk diletakkan pada mesej, tetapi rasa tidak mahu menaipnya kerana terlalu panjang?

Sebenarnya, anda boleh salin teks itu melalui kamera di telefon anda. Ia kemudian boleh ditampal di mana-mana sahaja contohnya Words, Notes dan mesej. Di iPhone, ciri ini boleh dilakukan menerusi ciri Live Text. Manakala di peranti Android pula, anda boleh lakukannya menggunakan Google Lens.

Live Text ada sedikit perbezaan daripada Google Lens. Ciri Live Text boleh digunakan dalam masa nyata. Anda boleh guna kamera untuk pilih dan salin teks kemudian terus tampal teks itu, tak perlu simpan gambar. Tetapi untuk Google Lens, anda perlu tangkap gambar dahulu, baru Google Lens boleh mengesan perkataan.

Berikut merupakan langkah yang perlu dilakukan untuk menjayakannya.

Cara salin teks guna iPhone

Live text di iPhone adalah ciri baru yang tersedia dalam sistem iOS 15. Untuk salin perkataan yang anda lihat, caranya amat mudah:

  1. Buka kamera iPhone anda dan halakan kamera pada teks yang ingin anda salin.
  2. Anda boleh tahu ciri Live Text telah hidup apabila anda nampak garis kuning di sekeliling teks.
  3. Tekan ikon Live Text di bahagian bawah kanan.
  4. Pilih teks yang ingin anda salin, kemudian tekan Copy.
  5. Anda seterusnya boleh tampal teks tadi di platform yang anda perlukan.

Untuk salin perkataan dari gambar dalam galeri pula, ini merupakan caranya:

  1. Buka gambar yang mengandungi teks
  2. Tekan ikon Live Text di bahagian bawah kanan.
  3. Pilih perkataan atau ayat yang anda mahukan dan tekan Copy.
  4. Tampalkannya di platform yang anda mahu.

Cara salin teks guna Google Lens

Sebelum mulakannya, pastikan anda mempunyai gambar teks yang jelas. Kemudian, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Buka Google Photos pada telefon anda dan pilih gambar itu.
  2. Kemudian, tekan pilihan Lens yang tersedia di bawah.
  3. Setelah ia mengesan teks di dalam gambar, anda boleh tekan ayat yang anda ingin salin dan pilih Copy textpada bahagian bawah.
  4. Anda kemudian boleh tampalnya di mana-mana yang anda mahu.

Selain itu, anda juga boleh lakukan perkara sama apabila ada teks yang ingin disalin pada gambar yang anda jumpai di Internet. Anda hanya perlu tekan simbol Google Lens pada gambar, kemudian pilih teks dan akhir sekali tekan Copy.

Dengan ikut langkah di atas, sudah pasti ia dapat memudahkan urusan anda untuk menyalin dan menampal sesuatu teks. Caranya amat mudah dan ia amat menjimatkan masa.

[Sumber: Cnet, How To Geek]

Original Article

UTAMAGAYA HIDUPTEKNOLOGITIPS: Cara salin teks dalam gambar di Android dan iOS dengan mudah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium