NASIONALJENAYAH / MAHKAMAH Mahkamah lepas tanpa bebas, Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan

[VIDEO] Mahkamah lepas tanpa bebas, Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi Timbalan Perdana Menteri bagi menggugurkan kesemua tuduhan.

Pihak pendakwaan ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berdasarkan 11 alasan mengikut peruntukan 145 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, peguam bela Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan.

Ini kerana, ia tidak adil kepada anak guamnya untuk menangguhkan perbicaraan ke satu tempoh yang tidak tentu.

10 April lalu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) setebal 200 muka surat mengandungi fakta dan bukti baharu dalam usaha menggugurkan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Beliau dihadapkan ke mahkamah pada 2018 manakala perbicaraan bermula pada 2019 dengan mendengar keterangan 99 saksi pendakwaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami