PILIHAN RAYA🎦 Calon GPS, Iskandar Turkee menang di PRK DUN Jepak

🎦 Calon GPS, Iskandar Turkee menang di PRK DUN Jepak

BINTULU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak apabila calonnya Iskandar Turkee diisytiharkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu malam tadi 4/11/2023.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu di sini.

Iskandar, 54, bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing dengan majoriti 8,784 undi.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Abang Zainuddin berkata Iskandar memperoleh 9,638 undi, Stevenson 854 undi dan Chieng 431 undi.

Peratusan pengundi yang keluar mengundi pada hari ini adalah 48.57 peratus.

DUN Jepak mempunyai 22,804 pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya untuk hampir enam penggal, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri 2021, Allahyarham Talib memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243.

BACA juga: PRN Sarawak: Senarai Pencalonan

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Kedudukan Strategik Ahmad Zahid: Mengapa BN Dijangka Kekal Menyokong Kerajaan Perpaduan Walaupun Menang di Peringkat Negeri

Analisis peluang UMNO di PRN Johor: Kelebihan vs cabaran

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami