MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

🎦 Gaza jadi ‘bandar hantu’

BANDAR GAZA – Bandar Gaza kelihatan seperti ‘bandar hantu’ selepas berterusan diserang tentera Israel, lapor laman berita United Nation News kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

“Ketika kami memandu mela­lui Bandar Gaza, ia seperti sebuah bandar hantu.

“Kesan serangan udara yang dahsyat dan tembakan begitu ketara. Jalan raya dipenuhi kawah dan ini menyukarkan penghantaran bantuan,” kata Pengarah Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA), Thomas White di Gaza.

Kelmarin menandakan hari keenam gencatan senjata kemanusiaan antara rejim zionis Israel dan Hamas dilaksanakan sebelum disambung lagi bagi hari ketujuh.

Kumpulan-kumpulan hak asasi kemanusiaan telah menggesa pihak yang bertelagah menyokong gesaan antarabangsa untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan tersebut.

Gencatan senjata itu membolehkan pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan terutamanya Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir Palestin serta agensi PBB lain untuk menggiatkan penghantaran bantuan yang amat diperlukan di Gaza, kata pejabat badan dunia itu untuk penyelarasan hal ehwal kemanusiaan (OCHA)

Kemas kini bantuan terkini pejabat PBB menyatakan, konvoi Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin telah tiba di utara Gaza pada Selasa lalu dengan membawa makanan, bekalan perubatan, air dan barangan bukan makanan.

Konvoi itu tiba walaupun sebahagian besar agihan bantuan tertumpu di selatan Semenanjung Gaza di mana kebanyakan penduduk berada setelah mereka berpindah dari utara Gaza.

Dalam satu kenyataan, UNRWA berkata pada Isnin lalu bahawa konvoi enam buah lori telah sampai ke Jabalia yang merupakan kem pelarian Palestin terbesar dan terletak di utara Bandar Gaza.

Pekerja-pekerja UNRWA di Jabalia terus berkhidmat kepada penduduk Palestin termasuk salah seorang ketua perkhidmatan kesihatan agensi itu walaupun kesedihan yang tidak terungkap kerana isteri dan anak perempuannya terkorban akibat serangan rejim zionis Israel, kata White.

Kira-kira 200 lori bantuan telah menyeberang ke Semenanjung Gaza melalui Mesir pada setiap hari sejak gencatan kemanusiaan berkuat kuasa pada 24 November lalu.

Imej yang disiarkan oleh UNRWA di aplikasi X kelmarin menunjukkan petugas-petugas sukarelawan memunggah guni-guni bekalan ke dalam gudang dan tangki bahan api sedang diisi.

Lebih 15,000 penduduk Gaza termasuk kira-kira 6,000 kanak-kanak terkorban dalam serangan udara rejim zionis Israel, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua agensi kesihatan PBB mengeluarkan amaran baharu kelmarin mengenai risiko tinggi penularan penyakit dalam kalangan mereka yang berpindah akibat serangan tentera Israel.

Menulis di laman X, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengulangi penilaian mengerikan bahawa memandangkan keadaan hidup penduduk Palestin yang sangat daif, lebih ramai orang akan mati akibat wabak penyakit berban­ding pengeboman.

Data terkini WHO menunjukkan terdapat 111,000 jangkitan pernafasan akut, 75,000 kes cirit-birit dan berpuluh-puluh ribu orang menghidap kudis, kutu, ruam kulit serta penyakit kuning.

Menurut UNRWA, lebih 1.8 juta penduduk atau sekitar 80 peratus penduduk Semenanjung Gaza telah berpindah ke selatan sejak Hamas melancarkan serangan ke atas rejim zionis Israel pada 7 Oktober lalu, menyebabkan 1,200 orang maut dan kira-kira 240 lagi dijadikan tebusan.

Mereka yang kehilangan tempat tinggal telah meninggalkan rumah masing-masing di utara Gaza, selaras dengan perintah perpindahan yang dikeluarkan oleh tentera Israel. – AGENSI

Berkaitan

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Terkini

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’