HONG KONG: Hong Kong bakal membuka Hong Kong Economic & Trade Office (HKETO) di Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, pembukaan pejabat perdagangan itu bakal memberi pelbagai kelebihan kepada Malaysia khusunya hal berkaitan perniagaan, pelaburan dan perdagangan.
“Perdagangan Malaysia-Hong Kong akan lebih mudah dan rancak sesuai dengan kedudukan Hong Kong sebagai pusat kewangan global,” katanya semasa sidang media sejurus pertemuan beliau dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka-chiu di Government House, Central Hong Kong pada Khamis 23 Mei 2024.
Dalam pertemuan itu juga Ahmad Zahid mengalu-alukan pengurus-pengurus dana yang beribu pejabat di Hong Kong untuk mengambil peluang melabur di Bursa Malaysia selari dengan peningkatan memberangsangkan indeks utama Bursa Malaysia.
“Pelabur antarabangsa semakin yakin dengan prospek ekonomi Malaysia dengan kestabilan politik di bawah pentabiran Kerajaan Madani ketika ini serta prestasi pelaburan asing tertinggi dalam sejarah”’, katanya.
Lawatan ke Hong Kong merupakan destinasi pertama Ahmad Zahid dalam lawatan rasmi ke China, beliau akan meneruskan lawatan ke Shenzhen, Shanghai dan Beijing.
BACA juga: