MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

“Machang guna imuniti dalam dewan untuk raih sokongan. Isu ini serius kerana ia menjatuhkan maruah orang dinamakan dan dituduh dalang pemilikan saham, beliau (penjawat awam itu) tidak dapat membela diri kerana imuniti dewan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

Azalina yang membentangkan usul menggantung Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhujah, Ahli Parlimen tidak sewajarnya menggunakan hujah tanpa fakta yang sah dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

“Kalau rujuk dokumen sahih kerajaan tiada masalah…tapi jangan guna surat layang, itu akan buka pintu semua dalam Dewan Rakyat guna surat layang, dengan AI (kecerdasan buatan) tak tahu mana betul, mana salah. Tanggungjawab kita buat undang-undang, bukan tuduh ikut surat layang orang hantar.

Kalau tak buat ketetapan ini kita buat budaya buruk bagi Ahli Parlimen….kalaulah Machang minta maaf, minta kebenaran, tapi benda itu viral macam Parlimen ‘endorse’ perkara itu, kata Azalina, ketika sesi perbahasan.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Wan Fayhsal daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan susulan kenyataannya berhubung dalang pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 1 Jul lalu.

Azalina berkata, perbuatan Wan Fayhsal antara lain memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

“Dalam perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat siapa-siapa pegawai kerajaan selain kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai pegawai kerajaan.

Dakwaan Machang adalah satu perbuatan seolah-olah menjatuhkan martabat pegawai-pegawai agensi di bawah kementerian yang bertungkus lumus dalam membantu anggota pentadbiran dalam membangunkan Malaysia, katanya.

Keputusan menggantung ketua Pemuda Bersatu itu dibuat melalui undian belah bahagi dengan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 pula tidak hadir.

Sebelum usul itu diluluskan, Ronald Kiandee (PN-Beluran) bangun mempertahankan Wan Fayhsal menuntut Speaker Johari Abdul menjelaskan definisi penjawat awam dan mendakwa usul tersebut tidak tepat.

Johari kemudiannya menegaskan tiada sebarang kesalahan terhadap usul tersebut dan membuka perbahasan dimulakan dengan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang turut menggunakan alasan sama. Beliau turut menggesa speaker menolak usul tersebut.

Azli Yusof (PH-Shah Alam) kemudian bangun mewakili blok kerajaan, dan mengatakan tindakan Wan Fayhsal menamakan individu dalam surat layang itu menjatuhkan maruahnya kerana beliau tidak dapat membela diri.

Semoga pengajaran ini akan menginsafkan beliau…sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan Machang usul gantung enam bulan, kata Azli.

Wan Fayhsal dan beberapa Ahli Parlimen seperti Hamzah Zainuddin (PN-Larut) dan Hasan Karim (PH-Pasir Gudang) turut meminta speaker memberikan kebenaran kepadanya membela diri, namun ditolak oleh speaker.

Kita ada dua cara. Kalau dia dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dia berhak membela diri, dalam kes ini kita terus menteri buat usul dikenakan tindakan. Kita pernah hukum, itu biasa, kata Johari.

BACA juga:

Azalina tidak fokus, Ketua Penerangan UMNO perlu ditukar

Kes Sulu: Stampa akan diheret ke mahkamah jenayah, suara Malaysia didengar di Madrid 11 Dis – Azalina

BN adalah satu institusi. Kenapa segalanya diletakkan di bahu Pengerusi – Azalina

Berkaitan

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

Terkini

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高