Tuesday, September 17, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri - pakdin.my

“Saya juga ingin mengambil kesempatan merayu kepada pengundi-pengundi DUN Nenggiri tidak kira berada di mana jua agar dapat menyatakan sokongan dan memberi undi kepada calon BN Mohd Azmawi Fikri pada PRK ini,” katanya.

KOTA BHARU — Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang juga Pengerusi BN negeri di Dewan UMNO Negeri hari ini 19 Julai 2024.

Beliau berkata keputusan berkenaan dibuat setelah berbincang dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN.

“Saya telah dipertanggungjawabkan oleh Presiden UMNO (Ahmad Zahid) untuk mengumumkan bagi pihak beliau.

“UMNO telah meneliti senarai tiga calon yang dibuat secara kolektif setelah selesai berbincang dengan pihak perhubungan dan Mohd Azmawi Fikri dipilih oleh TPM (Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid) sendiri untuk mewakill BN dan UMNO bagi PRK DUN Nenggiri,” katanya pada sidang media hari ini.

Ahmad Jazlan juga berterima kasih kepada pimpinan UMNO Bahagian Gua Musang dan Ahmad Zahid dalam memberiKAN pandangan bagi membuat keputusan itu.

Mohd Azmawi Fikri, 38, merupakan calon muda berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah menerima pelbagai anugerah termasuk muncul johan Anugerah Belia Perdana pada 2022.

Selain itu, Mohd Azmawi Fikri turut komited dalam kegiatan belia serta sukarelawan melalui beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Oleh itu, beliau dilihat paling sesuai dipilih menjadi calon BN pada PRK kali ini dan UMNO sentiasa menghormati, memberi kepercayaan serta menaruh harapan tinggi kepada orang muda untuk menjadi pelapis kepada perjuangan parti ini,” katanya.

Ahmad Jazlan berkata beliau dan seluruh pimpinan Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan bersama Mohd Azmawi Fikri agar dapat memikul tanggungjawab besar yang diberikan.

“Insya-Allah, UMNO akan mendapat sokongan pengundi dalam DUN Nenggiri seterusnya diterjemahkan dalam bentuk kejayaan pada PRK ini,” katanya.

Beliau berkata kempen PRK DUN Nenggiri ini juga akan dibantu oleh parti-parti komponen BN dan parti gabungan Kerajaan Perpaduan serta badan perhubungan UMNO negeri-negeri yang telah diputuskan oleh ibu pejabat parti melalui mesyuarat petang semalam.

“Kita juga sedar ia bukan perkara mudah tetapi kami berjanji akan berusaha habis-habisan untuk mencapai kejayaan melalui kaedah serta pendekatan menyeluruh melibatkan semua jentera parti.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan merayu kepada pengundi-pengundi DUN Nenggiri tidak kira berada di mana jua agar dapat menyatakan sokongan dan memberi undi kepada calon BN Mohd Azmawi Fikri pada PRK ini,” katanya.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

BACA juga:

[VIDEO] PRK Mahkota model kempen jentera Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah penting kerana bakal menjadi model dan formula kepada kempen jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[VIDEO] PRK Nenggiri: Calon BN umum minggu ini, tampil anak tempatan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diumum dalam minggu ini.

[VIDEO] BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap – Zambry

Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, telah membuat persiapan awal bagi membantu menggerakkan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

[VIDEO] Pang mula tugas wakil rakyat – santuni masyarakat KKB

Beliau meluangkan masa hampir setengah jam bertemu penduduk bagi menyampaikan penghargaan dan memberikan kuntuman bunga sempena Hari Ibu kepada golongan wanita yang berada di pasar berkenaan.

PRK KKB: Kekal milik PH, Pang menang majoriti 3,869 undi

Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB)

Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB – Mugilaan

Beliau berkata pemilihan Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan juga akan memberi kelebihan kepada pengundi di kawasan itu

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

[VIDEO] Taufan Yagi mencetuskan banjir dibeberapa tempat utara Thailand

Pada 10 September, hujan lebat yang disebabkan oleh Taufan Tropika Yagi, ditambah pula dengan hujan berterusan sejak 8 September, menyebabkan banjir di Daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, utara Thailand.

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

[VIDEO] Jumlah kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 24 orang

Taufan Yagi dan tanah runtuh serta banjir yang dicetuskannya telah membunuh sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan 299 lagi di utara Vietnam pada hujung minggu 7 September 2024

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: