KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunwayi, petang 20 Ogos 2024.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Polis, Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi, berkata butiran lanjut berhubung kejadian akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam masa terdekat.
Difahamkan seorang lelaki warga asing disyaki penjenayah dipercayai ditembak mati dalam kejadian itu.
Sementara itu, Hussein ketika dihubungi berkata seorang penjenayah yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun ditembak mati di kawasan PJS, Petaling Jaya malam ini.
Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam itu membabitkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Polis, Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi, berkata butiran lanjut berhubung kejadian akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor.https://t.co/z4Cg2VTBYC
………… pic.twitter.com/A391orXskb— Kamaluddin Idrus (@pakdinmy) August 20, 2024
“Lelaki tersebut dipercayai warga asing dari Afrika yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun,” katanya.
BACA juga: