BERITA Terowong kereta api berkelajuan tinggi dalam pembinaan runtuh di Nakhon Ratchasima

[VIDEO] Terowong kereta api berkelajuan tinggi dalam pembinaan runtuh di Nakhon Ratchasima

Kerja terowong Muak Lek dan Lam Takhong Tunnel berjarak 12.23 kilometer. Sehingga Julai 2024 telah selesai 74 peratus pembinaannya.

NAKHON RATCHASIMA: Terowong yang dalam pembinaan runtuh di Tambon Chan Thuek, daerah Pak Chong, Nakhon Ratchasima pada jam 11.30 malam hari Sabtu 25 Ogos 2024.

Kejadian menyebabkan dua pekerja mengendalikan jengkaut dan trak untuk menggali terowong, seorang penyelia projek yang baru saja tiba menaiki kereta terperangkap dalam terowong. Tidak ada hujan pada masa kejadian.

Lokasi runtuhan adalah kira -kira empat kilometer dari pintu masuk terowong. Pekerja penyelamat menggunakan jengkaut untuk sampai ke lokasi runtuhan.

Menurut kenyataan rasmi dua daripada tiga yang hilang adalah warganegara China, seorang penyelia projek dan pemandu jengkaut manakala seorang lagi lag pemandu trak warganegara Myanmar.

Kerja terowong Muak Lek dan Lam Takhong Tunnel berjarak 12.23 kilometer. Sehingga Julai 2024 telah selesai 74 peratus pembinaannya.

3 orang yang dilaporkan hilang adalah;

1. Mr Hu Siang Min, lelaki, kewarganegaraan China (penyelia);
2. Mr. Dong Chin Lin, lelaki, kewarganegaraan China, pemandu backhoe;
3. Pekerja Burma yang tidak diketahui, pemandu trak.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami