Saturday, December 21, 2024

[VIDEO] Lemas jadi punca bayi lapan bulan maut – Polis

Media sebelum ini melaporkan bapa mangsa, Mejar Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, mendakwa bayinya disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh pengasuh taska terbabit.

ALOR GAJAH: Polis hari ini mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Taman Kelemak Utama di sini semalam 7 September 2024, disebabkan lemas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima laporan bedah siasat ke atas Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, semalam.

“Proses bedah siasat bermula pada 7.30 malam hingga 10.45 malam dan punca kematiannya disebabkan lemas.

“Pemeriksaan mendapati tiada kesan kecederaan lain di tubuh bayi lelaki berusia lapan bulan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tindakan pengasuh itu dilihat bapa mangsa menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.

Lebih menyedihkan, Mohd Fikry Amri memaklumkan isterinya terpaksa membawa sendiri bayi itu ke hospital dalam keadaan terkulai dan tidak sedarkan diri dengan mulut berdarah serta muka biru selepas dimaklumkan pihak TASKA.

Susulan insiden itu, seorang pengasuh wanita direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BACA juga:

Berkaitan

JENAYAH / MAHKAMAH

Imigresen Sabah hantar pulang 180 pendatang Filipina ke negara asal

JENAYAH / MAHKAMAH

Guan Eng mohon keluarkan notis bankrap terhadap Muhyiddin

JENAYAH / MAHKAMAH

AGC tolak representasi ibu bapa Zayn Rayyan semak semula pertuduhan abai...

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…