MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

ACL2: Rekod tanpa kalah Selangor FC lebur di tangan Jeonbuk

SFC pula terpaksa akur jatuh di tangga kedua dengan tujuh mata, hanya dua mata di depan Muangthong United.

Selangor FC (SFC) gagal meneruskan momentum kemenangan apabila ditewaskan oleh wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 0-1 pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25 di Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea Selatan, malam ini.

Kekalahan itu sekali gus menjadikan skuad kendalian sementara Abdi Hassan berdepan kekalahan pertama dalam kejohanan itu dan menyaksikan Jeonbuk merampas teraju pendahulu kumpulan dengan sembilan mata selepas empat perlawanan.

SFC pula terpaksa akur jatuh di tangga kedua dengan tujuh mata, hanya dua mata di depan Muangthong United dan Dynamic Herb Cebu tercorot dengan satu mata ketika saingan peringkat kumpulan berbaki dua perlawanan.

Babak pertama menyaksikan pasukan tuan rumah memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dengan bermula garang untuk mendominasi perlawanan sebelum membuka tirai jaringan pada minit ke-22.

Jaringan tersebut diperoleh menerusi tandukan Orobo Tiago selepas menerima sepakan penjuru Chang-Hoon Kwon untuk mewaskan penjaga gol SFC Muhammad Azim Ali.

VIDEO berkaita:

Jeonbuk kendalian Kim Do-Heon, yang tewas 1-2 kepada SFC di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada 23 Okt lalu, kemudian hampir menggandakan kedudukan apabila sekali lagi memperoleh sepakan penjuru yang diambil Hoon Kwon, namun berjaya disekat pemain import SFC Ronnie Fernandez, lima minit kemudian.

SFC cuba membalas menerusi dua percubaan berturut-turut pada minit ke-34 dan minit ke-35 namun rembatan Alvin Fortes tersasar sebelum percubaan lencong Ali Olwan gagal untuk menewaskan Kim Jeonghoon.

Bersambung babak kedua, skuad Gergasi Merah dilihat semakin agresif untuk membuka tirai jaringan dan hampir berhasil namun sepakan kencang Ali Olwan tersasar pada minit ke-61.

Serangan silih berganti dilakukan kedua-dua pasukan tidak membuahkan hasil selain tambahan masa tiga minit juga tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan dengan tuan rumah terpaksa berpuas hati dengan kemenangan ketiga.

SFC memulakan kempen ACL2 dengan seri 1-1 dengan wakil Thailand, Muangthong United FC pada 19 Sept diikuti menang 1-0 ke atas Dynamic Herb Cebu FC (Filipina) pada 3 Okt dan menang 2-1 ke atas Jeonbuk di Petaling Jaya pada 23 Okt lepas.

Selepas ini, Selangor akan melayani kunjungan Muangthong United di Stadium MBPJ pada 28 Nov ini.

Berkaitan

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

丹斯里陈建顺因“个人原因” 辞任T7全球执行副主席

Terkini

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tan Kean Soon meletak jawatan daripada T7 Global

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高