Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)
Kasihan melihat Dato’ Sri Azalina binti Othman Said bersilat di dalam Dewan Rakyat apabila isu berkaitan Bossku dipetik. Walhal rakyat di luar sini pun tahu bahawasanya Lembaga Pengampunan KL, Putrajaya dan Labuan diketuai oleh Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri Wilayah Persekutuan.
Zaman kerajaan Madani, Menteri Undang-undang tak diberi kuasa ke Lembaga Pengampunan tapi mungkin zaman kerajaan PN, Datuk Seri Haji Takiyuddin bin Hassan ada kuasa penuh di semua Lembaga dan Kementerian agaknya.
Pemimpin parti lawan sebenarnya faham tetapi mereka sengaja membuli dan cuba mengelirukan rakyat di luar mengenai bidang tugas dan kuasa yang ada pada Dato’ Sri Azalina.
Sudah tentu tempias ini juga telah terkena pada Presiden UMNO Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang didakwa tidak berbuat apa-apa langsung atau membantu dalam kes Bossku.
Pada dasarnya apa yang boleh Dato’ Seri Ahmad Zahid buat sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Adakah mereka mahukan Dato’ Seri Ahmad Zahid menyalahgunakan kuasa dengan mencampuri prosiding mahkamah? Lepas tu, ramai-ramai pakat maki Zahid atas pelbagai sebab.
Yang lebih malangnya lagi ada kalangan ‘orang’ UMNO yang terikut dengan ‘game plan’ parti lawan.
Lawan kita ni memang daripada dulu akan menyerang Presiden UMNO untuk memastikan UMNO menjadi lemah. Kita dah ada pengalaman sebelum ini, maka kita jangan biarkan perkara yang sama berulang kembali.
Rumusan:
- Pemimpin UMNO dan Presidennya, Zahid Hamidi dibuli oleh kepimpinan parti lawan dengan tuduhan tidak terlibat atau melibatkan diri secara langsung didalam kes melibatkan DS Najib Razak.
- Azalina Othman Said bersilat di Dewan Rakyat apabila isu berkaitan Bossku dipetik.
- Pemimpin pembangkang sengaja memainkan isu dan cuba mengelirukan rakyat di luar mengenai tugas dan kuasa yang ada pada Azalina Othman.
- Orang UMNO pun ada yang terikut dengan ‘game plan’ parti lawan, yang memang akan menyerang Presiden UMNO untuk melemahkan UMNO.
BACA juga: