MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Pada masa sama, Anwar turut mempersoalkan tindakan parti PAS ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan yang membenarkan kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang, Selangor selain pesawat Israel menggunakan laluan udara Malaysia.

LIMA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

Sambil menyelar tuduhan tidak berasas itu, Anwar menegaskan, Malaysia tetap konsisten untuk tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel secara diplomatik dengan tidak menghantar pegawai kedutaan atau menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

“Dalam sistem dunia ada yang dikatakan ‘de facto’ and ‘de jure’. Kalau ini pun tidak faham, susahlah. Kalau orang tanya Anwar, ‘Apakah Israel wujud? Ya. Apakah ada negara Israel? Ya. Apakah kamu iktiraf? Tidak’.

“Ada (fitnah) ‘Anwar dah langgar, dah khianat (pendirian Malaysia), dah jadi alat Israel’. Politik apa macam ni? Memperbodohkan rakyat, menipu, memfitnah atas nama Islam. Ini yang disebut penunggang-penunggang agama yang tak reti nak ulas (isu Israel),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama media Malaysia sempena lawatan rasmi sulung ke Lima, Peru dan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31.

Wawancara Anwar bersama hos agensi media antarabangsa CNN, Richard Quest mengenai konflik Israel-Palestin tular baru-baru ini apabila ada pihak mendakwa Malaysia seolah-olah mengiktiraf negara haram Israel.

Mengulas lanjut, jelas Perdana Menteri, Malaysia tidak pernah berhenti menyuarakan penentangannya terhadap penjajahan dan kezaliman dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di forum antarabangsa.

Ini termasuk ketika berada di Riyadh, Arab Saudi, Anwar mengusulkan agar Israel disingkirkan dari keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain menjadi satu-satunya negara yang secara terbuka membangkitkan isu Palestin pada sidang APEC di Peru.

“Walaupun saya tahu tajuknya (APEC) adalah ekonomi dan perdagangan, bagaimana ekonomi dan perdagangan itu bebas kalau ia menafikan satu pihak (hak rakyat Palestin),” katanya.

“Masa kita perintah, ada tak kita izinkan Israel berdagang? Tidak. Apakah kita izinkan pesawat Israel guna ruang udara kita? Tidak.

“PAS harus jawab, mengapa izinkan kapal Israel berdagang (ketika menjadi kerajaan)? Tapi saya tutup dah cerita itu, kita maju ke depan, sudahlah yang dulu.

“Tapi dia tidak, dia terus menipu dan menghasut dan (memfitnah) tidak benar sama sekali,” katanya.

Berkaitan

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Terkini

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro