PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

    Ruhaili berkata arwah kakaknya yang tidak berkahwin tinggal bersama ibu mereka di Taman Ilmu, di Nibong Tebal dan seorang yang sangat pendiam serta lemah lembut ketika berbicara.

    Mangsa tragedi di Sungai Jahang, Gopeng semalam sempat menghantar swafoto berlatarbelakangkan sungai itu kepada keluarga.

    Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

    Suhaili, yang digelar ‘Kak Chik’ oleh ahli keluarga dan bertugas sebagai jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang lemas ketika melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, dekat Gopeng, Perak, semalam.

    “Ketika Kak Chik hantar gambar swafoto (selfie) tidak ada siapa pun komen sehinggalah saya mendapat panggilan telefon kira-kira 6.30 petang yang petugas perubatan meminta saya memanggil nama kakak saya dan memberikan kata-kata semangat sebelum panggilan itu diputuskan,” katanya kepada pemberita di Nibong Tebal, hari ini.

    Dia kemudian mendapat panggilan kedua dan ketika itu mereka memaklumkan bahawa kakaknya tidak dapat diselamatkan.

    “Kami lima beradik dan Kak Chik anak nombor dua. Berbanding dengan adik-beradik lain, Kak Chik ni paling tertib, lemah lembut dan tidak akan sangka dia akan pergi program (bina semangat) itu tambahan pula dia bukan minat sangat dengan aktiviti lasak.

    “Mungkin sebab dia nak melawan ketakutan jadi dia mahu sertai program itu,” katanya sambil menambah mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham.

    Terdahulu, jenazah Suhaili selamat dikebumikan pada 11.15 pagi tadi bersebelahan pusara bapa mereka yang meninggal dunia lebih 30 tahun lepas di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah.

    Lebih 100 orang terdiri daripada kakitangan JKR, ahli keluarga dan penduduk kampung hadir pada pengebumian itu.

    Turut terkorban dalam kejadian 5.56 petang semalam, dua petugas JKR Langkawi Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37, dan Muhammad Ikram Abdul Bari, 29, yang lemas ketika melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, dekat Gopeng,Perak.

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    Terkini

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

    Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

    Kenyataan JAKIM berhubung keutamaan kemenangan politik berbanding ibadah umrah dan haji

    PRK Ayer Kuning: Manifesto calon BN kemuka tujuh tawaran