MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata polis akan menahan mana-mana rakyat Malaysia yang menggunakan laluan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Dis 2024.

RANTAU PANJANG, KELANTAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata papan tanda mengandungi larangan berkaitan keluar masuk sempadan Malaysia-Thailand melalui pintu tidak diwartakan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 itu, turut dipasang di Kampung Jitong, Pasir Mas dan Kuala Tanjong, Tumpat.

Mengikut seksyen berkenaan, mana-mana individu boleh ditangkap dan didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Kita tidak mahu orang awam sewenang-wenangnya menyeberangi Sungai Golok menggunakan pangkalan haram kerana hal ini memberi peluang kepada penjenayah rentas sempadan bebas keluar masuk melakukan jenayah,” katanya kepada ketika dihubungi hari ini.

Beliau sehubungan itu meminta mereka yang mahu ke Pekan Golok supaya menggunakan laluan sah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Sementara itu, tinjauan di pekan Rantau Panjang mendapati beberapa anggota PGA memasang papan tanda amaran di tebing Sungai Golok, iaitu di Pangkalan MCA dan Syed Agil.

Pada Isnin 18 November 2024, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata polis akan menahan mana-mana rakyat Malaysia yang menggunakan laluan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Dis 2024.

Beliau berkata pihaknya akan mula menggunakan Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/1963 untuk menahan rakyat Malaysia yang pergi ke Thailand menggunakan jalan tidak diwartakan.

Berkaitan

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

Terkini

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高