MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Penghantar barang, juruanalisis didakwa jadi ‘keldai Akaun’ dengan serah kad ATM

Kedua-dua pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 424B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BALIK PULAU – Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menjadi keldai akaun.

Muhamad Harizi Abu Bakar, 28, didakwa bagi pertuduhan pertama memiliki wang berjumlah RM10,800 milik Aalban Sudesh George, 31, dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tertuduh didapati telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada Alvin Lim, yang beralamat di Jalan Puchong, Kampung Bohol Baharu, Kuala Lumpur, melalui penghantaran J&T.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas pada 6.05 petang, 13 Nov lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Muhamad Harizi didakwa memiliki wang RM11,680 milik Law Teck Teong, 62, dalam akaun BSN, dan tertuduh didapati telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada Lim di alamat yang sama melalui penghantaran J&T di Lebuh Relau 9, Setia Skyvista, Bayan lepas pada 1.36 tengah hari, 14 Nov lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lim Jin Hong mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, manakala tertuduh yang diwakili peguam Yusmadi Yusoff memohon jaminan rendah memandangkan Muhamad Harizi yang merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) hanya berpendapatan RM2,000 sebulan dan terpaksa menyara keluarganya termasuk anak berumur dua tahun.

“Meskipun peruntukan baharu ini adalah untuk membasmi keldai akaun, namun tiada sesiapa yang boleh dianiaya khususnya golongan yang lemah,” kata Yusmadi.

Di mahkamah yang sama, seorang juruanalisis turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki wang berjumlah RM750 milik Yeoh Pei Ling, 42, dalam akaun Hong Leong Bank, dan tertuduh didapati telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada Koo Sin Lung di Jalan Sri Klebang 1, Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, Perak.

K.Kalai Vani, 44, didakwa melakukan kesalahan tersebut di Mukim 8, Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Bayan Lepas di sini pada 12.42 tengah hari, 12 Dis lepas mengikut seksyen yang sama.

Lim mencadangkan jaminan RM10,000, namun tertuduh yang diwakili M.V.Yoges merayu untuk jaminan yang rendah dengan alasan wang yang terlibat hanya RM750 selain anak guamnya merupakan penanggung kewangan tunggal keluarganya dengan pendapatan RM3,500 sebulan kerana suaminya kehilangan kerja.

Yoges memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah menyerahkan kad ATMnya kepada peminjam ‘ah long’ untuk proses peminjaman wang dan satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut serta tertuduh mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk masalah hormon dan menjalani pembedahan buku lali.

Majistret Chia Huey Ting kemudian membenarkan Muhamad Harizi diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 27 Jan depan untuk sebutan kes manakala jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin bagi Kalai Vani sebelum menetapkan 22 Jan 2025 bagi sebutan kes.

Berkaitan

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Abang belon ada 13 rekod lampau

Pak guard bangunan kedai saksi utama tragedi letupan gas – Polis

Terkini

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool selepas seri menentang Everton

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Jengkaut terbenam dalam kawah paip gas

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama