MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Choh

Penduduk yang menggunakan laluan berhampiran kawasan serangan itu dinnasihatkan supaya berhati-hati dan tidak keluar berseorangan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

IPOH — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Choh, Ulu Kinta di sini semalam 25 Disember 2024.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan yang terdapat pada bahagian badan lembu tersebut.

“Berdasarkan penelitian, kita yakin harimau belang yang menyerang lembu tersebut adalah dalam kategori dewasa.

Bagaimanapun perincian lanjut berkenaan jantina dan berat hanya akan dapat kita ketahui melalui kamera yang dipasang anggota Perhilitan di kawasan lokasi kejadian (semalam),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 20 Dis tahun lepas, Perhilitan Perak berjaya menangkap seekor harimau belang jantan berusia empat tahun dan seberat 90 kilogram (kg) di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tanjung Damai di sini, selepas haiwan itu dilihat berkeliaran di beberapa kawasan penempatan penduduk sekitar Ulu Kinta.

Yusoff berkata pihaknya meminta penduduk supaya mengawasi dan tidak membiarkan haiwan ternakan mereka bebas berkeliaran terutama di lokasi kejadian.

“Sebaiknya tempatkan haiwan ternakan dalam kandang dan jangan sesekali biarkan bebas berkeliaran kerana ia mengundang risiko kejadian serangan berulang,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan penduduk yang menggunakan laluan berhampiran kawasan serangan itu supaya berhati-hati dan tidak keluar berseorangan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

“Sekiranya ternampak atau terserempak dengan harimau tersebut jangan ambil langkah yang boleh mengundang risiko sebaliknya laporkan kejadian kepada pihak kami,” katanya.

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas