MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kami fitnah, anda bayar – apakah PAS juga anggap fitnah itu halal?

“Fitnah tafsiran PAS ‘ditanggung halal!

PAS boleh sahaja mengumpul sumbangan dalam kalangan pemimpin partinya bagi membantu Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang kalah dalam kes saman fitnah terhadap pemimpin DAP.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi bagaimanapun melahirkan rasa hairan mengapa parti Islam itu melancarkan tabung ‘derma jihad’.

Mohd Puad mempersoalkan apakah PAS cuba memberi tafsiran fitnah itu halal bagi parti tersebut.

Ataupun ini adalah strategi PAS untuk mensensasikan isu berkenaan demi meraih simpati rakyat.

“Berapa agaknya jumlah kutipan yang terkumpul untuk bantu saman fitnah terhadap MP Kepala Batas?

“Dalam PAS ramai jutawan yang boleh tolong bayar. Tetapi strategi PAS ialah untuk mensensasikan isu itu untuk meraih simpati rakyat.

“Mursyidul Am PAS Hashim Jasin kata tidak salah ahli PAS bantu Siti Mastura membayar saman fitnah kepada pemimpin DAP…Hashim Jasin tidak mengemukakan dalil syarie.

“Ia dibidas oleh Dr Khairuddin At Takiri bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS. Mana boleh bantu bayar saman sivil kerana “dosa fitnah”.

“Dia (Khairuddin) merujuk Surah al Maidah ayat 2. Ia menyebut jangan bekerjasama atas dasar dosa dan permusuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Selanjutnya Mohd Puad juga mempersoalkan apakah PAS mempunyai tafsiran berbeza dalam soal fitnah yang mungkin tidak dalam dalam mahkamah.

“Fitnah tafsiran PAS ‘ditanggung halal’,” katanya lagi.

Baru-baru ini PAS dipercayai mengedarkan surat pekeliling yang dihantar kepada pemimpin utama pusat, negeri dan sayap parti yang memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai kekalahan Siti Mastura yang berjumlah RM825,000.

Menurut surat berkenaan, kegagalan membayar saman akan menyebabkan plaintif mengambil tindakan prosiding kebankrapan yang boleh menyebabkan Siti Mastura hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan kerusinya akan dikosongkan.

Surat tersebut memaklumkan, PAS telah membincangkan perkara itu dengan teliti dan memutuskan semua peringkat perlu turut sama mengambil tanggungjawab menyelesaikan tuntutan tersebut.

Mahkamah baru-baru ini mendapati Siti Mastura kalah dalam kes saman fitnah terhadap Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mempunyai kaitan keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Siti Mastura juga menuduh Teresa Kok ada kaitan dengan keluarga Pengerusi DAP itu.

Berkaitan

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Terkini

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro