Monday, January 6, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Sultan Selangor bimbang perbuatan membunuh karakter semakin berleluasa

“Beta yakin sekiranya sekalian rakyat menggembleng usaha dan tenaga, mengukuhkan jati diri dan berazam untuk menyumbang sesuatu kepada kemajuan negara, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih maju dan disegani pada 2025.

KKB — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap cubaan membunuh karakter atau character assassination yang semakin berleluasa kebelakangan ini dengan niat untuk memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu.

Baginda bertitah jika tidak dibendung, perbuatan itu boleh membawa kepada lebih banyak budaya hidup yang tidak baik dan menjejaskan keharmonian masyarakat.

Sultan Sharafuddin bertitah lazimnya perbuatan membunuh karakter itu hanya berlaku pada musim pilihan raya, namun kini ia digunakan untuk memusnahkan kepercayaan dan seterusnya menjatuhkan individu tertentu.

“Beta ingin menasihatkan kepada rakyat agar bijak menilai dan mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat prasangka dan percaya dengan fitnah-fitnah yang terhasil daripada cubaan untuk membunuh karakter ini,” titah baginda dalam perutusan bersempena dengan tahun baharu 2025.

Titah perutusan itu dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Dalam hal itu, baginda menyarankan sekiranya terdapat kritikan atau rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat, ia seharusnya disalurkan sebagai cadangan yang membina demi manfaat semua pihak.

Bersempena dengan tahun baharu 2025, Sultan Sharafuddin menyeru seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menanam azam untuk lebih fokus kepada usaha membangunkan ekonomi dan bekerja lebih kuat demi memajukan negara dalam semua bidang.

Baginda juga tidak mahu ada pihak masih bertelagah, khususnya dalam kalangan pemimpin, komuniti perniagaan dan penjawat awam yang tamakkan kuasa dan kemewahan yang dilihat kerap menjadi punca kepada timbulnya fitnah jahat, adu domba serta penyebaran maklumat palsu terutamanya di media sosial.

“Pada tahun baharu ini juga, beta mahu rakyat sama-sama berazam membanteras gejala rasuah pada semua peringkat dengan meningkatkan penguatkuasaan dan yang paling penting, mengutamakan integriti dalam nilai-nilai kehidupan harian.

“Ingatlah, bahawa sebuah tamadun boleh runtuh hanya disebabkan oleh rasuah yang berleluasa dan tidak terkawal,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut mengingatkan mengenai kepentingan rakyat supaya saling menghormati, berfikiran positif serta bersatu padu dalam usaha Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Titah baginda, jika masih kerap bertelagah, pastinya usaha-usaha memajukan negara akan tergendala dengan rakyat terpaksa menanggung sengsara akibat keangkuhan dan sifat pentingkan diri sendiri segelintir pihak.

“Beta yakin sekiranya sekalian rakyat menggembleng usaha dan tenaga, mengukuhkan jati diri dan berazam untuk menyumbang sesuatu kepada kemajuan negara, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih maju dan disegani pada 2025,” titah baginda.

Menerusi hantaran itu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

“Beta berharap tahun 2025 akan membawa lebih banyak kemajuan dan kemakmuran kepada semua,” titah baginda.

#Tag

Berkaitan

Penduduk Johor nikmati cuti hujung minggu baharu pertama, rata-rata lega dengan perubahan

Remaja perempuan hilang selepas selisih faham dengan keluarga

15 individu diambil keterangan bantu siasatan insiden konsert ambang Tahun Baharu

‘Bintang Kejora’ muncul bersama bulan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

HIBURAN

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

AM

GAYA HIDUP

Durian premium baharu Malaysia MS88 akan diperluas untuk tembus pasaran global

POLITIK

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Pengumuman untuk menukar cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat dan Sabtu bagi negeri paling selatan itu, dibuat pada 7...
JENAYAH / MAHKAMAH

Remaja perempuan hilang selepas selisih faham dengan keluarga

Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah ibu saudaranya di Kajang, Selangor sejak 29...
JENAYAH / MAHKAMAH

15 individu diambil keterangan bantu siasatan insiden konsert ambang Tahun Baharu

Seramai 15 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar...
AM

‘Bintang Kejora’ muncul bersama bulan

Kemunculan planet Venus yang selari dengan kedudukan bulan lewat petang semalam nyata memberi keterujaan kepada penduduk Bumi.
HIBURAN

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

AM

Penduduk Johor nikmati cuti hujung minggu baharu pertama, rata-rata lega dengan perubahan

GAYA HIDUP

Durian premium baharu Malaysia MS88 akan diperluas untuk tembus pasaran global

POLITIK

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

KESIHATAN

6 manfaat penyembuhan bawang putih yang perlu anda tahu!