Tuesday, January 7, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Himpunan Solidariti untuk Najib: UMNO junjung Titah Agong

UMNO juga ingin merakamkan penghargaan tinggi kepada seluruh Ahli UMNO yang sudahpun menyatakan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan moral.

UMNO menjunjung hormat Titah Kenyataan Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa jua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Demikian ujar Setiausaha Agung UMNO,, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui satu kenyataan media berkaitan hal terbabit, hari ini.

Jelasnya, sebagai satu-satunya parti yang konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Parti, UMNO sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“UMNO dengan penuh kerendahan diri akur atas segala saranan Titah Tuanku agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, bekas Perdana Menteri yang banyak jasanya pada rakyat dan negara.

“UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

“Atas prinsip menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sebagaimana arahan Ketua Polis Negara, UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan pada 6 Januari 2025 ini,” katanya.

Jelas Dr Asyraf Wajdi, UMNO menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan keadilan penuh kepada Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.

Sehubungan itu ujarnya, UMNO merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli parti.

“UMNO juga ingin merakamkan penghargaan tinggi kepada seluruh Ahli UMNO yang sudahpun menyatakan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan moral walaupun tiada arahan rasmi daripada ibu pejabat UMNO sebelum ini,” katanya lagi.

#Tag

Berkaitan

Titah Adendum dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi, ketua panel hakim menentang

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

Bersatu yang semakin ‘lemah’ tiada pilihan selain menyertai perhimpunan Najib

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

DUNIA

[TONTON] Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah

NAJIB RAZAK

HIBURAN

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

MAHKAMAH Rayuan pada hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk semakan kehakiman berhubung Titah Adendum.
NAJIB RAZAK

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah

Mahkamah Rayuan Malaysia pada Isnin (6 Jan) meluluskan rayuan oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak untuk memperolehi dokumen yang menurutnya, membolehkan beliau untuk menjalani...
POLITIK

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

Parti politik sering menghadapi kritikan dan seruan untuk berubah, dan adalah penting bagi rakyat untuk menyuarakan kebimbangan dan harapan mereka untuk masa depan.
POLITIK

Bersatu yang semakin ‘lemah’ tiada pilihan selain menyertai perhimpunan Najib

Tujuan sebenar Muhyiddin adalah untuk merosakkan kerajaan perpaduan, dan dia meragui Najib boleh menyatukan semua parti Melayu, melihatnya sebagai sekadar alat untuk menggugat kerajaan...
DUNIA

[TONTON] Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah

NAJIB RAZAK

Titah Adendum dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi, ketua panel hakim menentang

NAJIB RAZAK

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah

HIBURAN

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

AM

Penduduk Johor nikmati cuti hujung minggu baharu pertama, rata-rata lega dengan perubahan