BERITAEFL: Misi Arsenal ke Wembley tidak kesampaian

EFL: Misi Arsenal ke Wembley tidak kesampaian

“Kita ada sasaran untuk mara ke perlawanan akhir tetapi tidak kesampaian.

LONDON – Kapten Arsenal, Martin Odegaard mengakui apabila gagal membantu pasukan mara ke final Piala Liga Inggeris (EFL) selepas tewas agregat 0-4 kepada Newcastle United awal pagi tadi.

The Gunners yang ketinggalan 0-2 apabila tewas pada aksi separuh akhir pertama gagal mempamerkan kebangkitan yang diharapkan apabila tuan rumah menambah jaringan menerusi Jacob Murphy dan Anthony Gordon untuk mara ke final dengan bergaya.

Menurut Odegaard, misi rakan-rakan untuk menjejakkan kaki ke Stadium Wembley selepas misi untuk mara ke pentas final Piala EFL sejak edisi 2018 tidak kesampaian dan kini terpaksa fokus bagi mengharungi baki saingan musim ini.

“Kita ada sasaran untuk mara ke perlawanan akhir tetapi tidak kesampaian. Jika pasukan memanfaatkan beberapa peluang terhidang mungkin situasi berbeza dan kita harus terima hakikat kegagalan ini,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami