MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing – KKM

“Pengesanan awal kes dan kontak rapat dapat mengawal penyakit daripada terus merebak manakala rawatan awal dapat mengurangkan dan mencegah komplikasi dan kecacatan kekal.

Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan situasi penyakit kusta di Kuala Pilah terkawal dan pesakit tidak perlu lagi diasingkan kerana terdapat rawatan yang berkesan.

KKM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan justeru, orang ramai diminta supaya memberi kerjasama kepada pasukan kesihatan semasa aktiviti pengesanan kes dijalankan.

“Aktiviti pengesanan kes dan kontak serta langkah pencegahan dan kawalan jangkitan masih diteruskan. Mana-mana individu yang mempunyai gejala seperti penyakit kusta perlu mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut KKM, setakat 19 Feb, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan telah menjalankan saringan ke atas 368 daripada 460 penduduk sebagai langkah mempergiat pengesanan kes kusta di Kampung Chergun dan Kampung Guntur, Kuala Pilah.

Langkah terbabit adalah sebahagian daripada usaha mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan sejak Julai 2024 dan sehingga kini sembilan kes disahkan kusta dengan kesemua pesakit telah diberi rawatan mengikut garis panduan ditetapkan.

“Seorang daripada pesakit berusia 18 tahun dari Kampung Chergun meninggal dunia pada 17 Feb lepas. Sebelum itu, pesakit dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) setelah mengalami gejala demam, sakit perut, muntah dan diberi rawatan oleh Pakar Perubatan Dalaman HTAN serta khidmat konsultasi dari Gastroenterologi, Hepatologi dan Dermatologi,” menurut KKM.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dari Kampung Orang Asli Chergun, Kuala Pilah disahkan meninggal dunia pada Isnin akibat penyakit kusta, manakala lapan lagi individu sedang dirawat.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan bilangan kes kusta yang dilaporkan pada tahun lepas menunjukkan peningkatan kepada 292 kes berbanding 256 kes pada 2023 dan daripada 292 kes itu, 192 kes membabitkan kes baharu tempatan.

Namun, peningkatan itu adalah hasil positif daripada pengukuhan inisiatif mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan supaya sebarang kes dikesan awal dan diberikan rawatan segera bagi mengurangkan dan mencegah komplikasi penyakit serta kecacatan kekal.

KKM menyatakan penekanan terhadap pengesanan kes secara aktif dalam kalangan golongan berisiko dan di lokaliti endemik merupakan fokus utama program kawalan kusta kebangsaan.

“Pengesanan awal kes dan kontak rapat dapat mengawal penyakit daripada terus merebak manakala rawatan awal dapat mengurangkan dan mencegah komplikasi dan kecacatan kekal. Pemberian rawatan profilaksis ‘Single Dose Rifampicin’ kepada kontak rapat dan komuniti berisiko juga dilaksanakan bermula 2023 sebagai langkah pencegahan,” menurut kenyataan itu.

Berkaitan

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Terkini

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani