MENU

MENU

More
  • Terkini
  • Nasional
  • Berita

[VIDEO] Harimau kumbang serang pemandu lori di Bukit Tangga

Menerusi video berdurasi 16 saat itu, harimau tersebut dilihat menerkam seorang lelaki dipercayai pemandu lori yang berhenti di situ.

JELEBU – Seekor harimau kumbang dilihat menyerang seorang pemandu lori yang berhenti dekat Bukit Tangga di sini pada Khamis 3 April 2024.

Insiden itu dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang tular di media sosial.

Kemungkinan terkejut melihat ada kenderaan lain yang lalu di situ, haiwan berkenaan kemudiannya berlari ke seberang jalan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dari mana haiwan itu muncul dan keadaan lelaki berkenaan.

Selepas kejadian terbabit, lelaki itu yang terjatuh akibat diterkam dilihat bangun.

Kehadiran haiwan tersebut di situ bukanlah pertama kali kerana dua tahun lalu, media pernah melaporkan bahawa haiwan itu ditemui mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat kejadian dan siasatan lanjut akan dilakukan.

BACA juga:

# Tag
Berkaitan
Popular
Terkini
Tolong lah subscribe - klik butang dibawah