BERITADakwaan Pembangkang BN Gagal Bawa Pembangunan Di Sabah Pembohongan Besar - Pairin

Dakwaan Pembangkang BN Gagal Bawa Pembangunan Di Sabah Pembohongan Besar – Pairin

Gambar file

KIULU — Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menegaskan dakwaan pembangkang Barisan Nasional (BN) gagal membawa “apa-apa pembangunan” untuk rakyat dan negeri Sabah sejak 49 tahun lepas adalah satu pembohongan besar.

Sambil menyifatkan ia sebagai usaha pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, beliau berkata rakyat boleh melihat sendiri pembangunan yang berlaku di negeri ini daripada pelbagai segi seperti kemudahan asas, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.

“Sejak saya berkecimpung dalam arena politik pada tahun 1975 atau 1976, saya melihat sendiri bahawa negeri Sabah suatu ketika dulu banyak kekurangan termasuk daripada segi prasarana, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.

“Namun keadaannya kini jauh berubah. Terdapat perubahan yang ketara di mana banyak kemudahan yang kita boleh lihat sendiri sekarang seperti jalan raya, elektrik, bekalan air, sekolah dan institusi pengajian tinggi (Universiti Malaysia Sabah) di Sabah termasuk di kawasan Kiulu,” katanya.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian mesyuarat Agung PBS Bahagian Kiulu di Dewan Serbaguna Kiulu, di sini, pada Jumaat.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] UMNO dan Isyarat Pilihan Raya Awal: Antara Mandat Baharu dan Realiti Politik Semasa

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami