Penemuan Audit Lemah, SUK & PAS Berbalah, Di Mana MB Kedah? - pakdin.my

Kita sedia maklum bahawa Laporan Audit 2011 Negeri Kedah memaparkan penemuan yang amat mengejutkan.

Antara penemuan paling ‘hebat’ ialah bagaimana 5 kontraktor perumahan yang tidak berdaftar dan dimiliki oleh individu yang mempunyai talian kekeluargaan boleh dilantik, yang mana rekod kewangan bagi kerja-kerja yang dilakukan mereka pula adalah tidak lengkap, meragukan serta tidak tepat, di mana dikhuatiri terdapat penyelewengan apabila menunjukkan tuntutan berulang manakala sebahagian daripada tuntutan tersebut pula menunjukkan kerja bagi rumah-rumah yang tidak wujud.

Kerajaan negeri juga ternyata hilang kawalan apabila beberapa projek yang berisiko tinggi seperti Projek 99 East di Langkawi yang kerugian kerana cuai akibat melanggar perjanjian serta Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea yang telah diteruskan tanpa pemantauan sehingga membolehkan seorang Pengarah Urusan membuat pinjaman puluhan juta USD dari syarikat luar negara tanpa perjanjian pinjaman yang lengkap serta tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Malah, kerajaan negeri juga telah mengabaikan tanggungjawab sebagai kerajaan Islam sehinggakan Jawatankuasa Pemberian Sijil Halal telah tidak bermesyuarat langsung dalam tahun 2011 dan semua sijil halal yang dikeluarkan telah diluluskan oleh Yang DiPertua tanpa dibentangkan kepada Jawatankuasa sepertimana prosedur yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun, penemuan audit ini adalah tidak sepatutnya mengejutkan jika kita mengambil kira pentadbiran Kedah yang dilanda ribut sepanjang masa dengan percakaran sesama sendiri, dan antara satu pihak dengan yang lain di kalangan pemimpin parti dan juga pegawai kerajaan negeri.

Umum sedia maklum bagaimana pentadbiran PAS Kedah tidak pernah aman dengan perbalahan terbuka pemimpin-pemimpinnya akibat tamak dan gila kuasa. Apatah lagi dengan PRU yang semakin hampir menyebabkan ramai di antara mereka menjadi tidak keruan kerana ingin memastikan kepentingan masing-masing terjaga.

Utusan Malaysia baru-baru ini pula mendedahkan bagaimana PAS menekan Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir yang dituduh sebagai cenderung kepada UMNO. Semuanya bermula dari keputusan beliau untuk menukar Ahmad Fisol Md Nor, Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda. Ahmad Fisol pula, terkenal dengan kecenderungannya terhadap parti PAS sejak zaman pemerintahan BN lagi. Keterujaan beliau apabila PAS berjaya merampas Kedah bukanlah rahsia, malah beliau juga sering mengadakan berbagai majlis atau program bersama PAS.

Ahmad Fisol merasakan yang jawatan SUK adalah lebih sesuai bagi dirinya memandangkan ‘kesetiaannya’ kepada PAS. Justeru, pengaruh beliau di dalam PAS digunakan sepenuhnya untuk menekan Datuk Rasli.

Datuk Rasli telah berkhidmat dengan kerajaan negeri Kedah sejak tahun 1976 sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar. Dengan latarbelakang pendidikan dari Universiti Malaya dan juga Ohio University, Athens Amerika Syarikat, beliau mendaki tangga kerjaya sehingga ke puncak dengan meraih pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan dalam berbagai bidang. Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah, Pegawai Projek, Pengarah Projek, Pentadbir Tanah, Pegawai Kewangan sehinggalah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada 2006 dan seterusnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Oleh itu, kecekapan dan kesetiaan beliau terhadap negeri Kedah tidak wajar dipertikaikan lagi. Beliau adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab dan professional serta cukup arif untuk tidak mencampur-adukkan politik dengan pentadbiran.

Dan mungkin inilah punca utama masalah PAS dengan beliau iaitu tidak mengambil-kira kepentingan mana-mana parti politik, termasuk PAS dalam membuat keputusan.

Dengan begitu banyak masalah dan kelemahan PAS Kedah yang terdedah melalui Laporan Audit, perkara terakhir yang diperlukan oleh negeri itu ialah percakaran antara pentadbir dan pemimpin politik. Namun, nampaknya masalah percakaran ini mengambil tempat yang jauh lebih penting dari penemuan audit, seperti projek-projek terbengkalai dan perbelanjaan tidak masuk akal yang jelas berpunca dari pengurusan jabatan-jabatan yang lemah, korup, serta mengamalkan kronisme yang ketara.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak juga nampaknya tidak berminat memberi sebarang reaksi mengenai Laporan Audit Kedah yang mengejutkan itu. Sebaliknya, dikhabarkan turut memberi sokongan kepada Ahmad Fisol untuk terus menekan Datuk Rasli.

Jelas bahawa PAS lebih mementingkan politik dari rakyat iaitu lebih berminat dengan ‘siapa’ yang memegang jawatan apa daripada ‘apa yang berlaku’. Walaupun terbukti kelemahan yang ketara dalam pengurusan kewangan negeri, masih tiada kenyataan tegas dari kepimpinan tertinggi negeri untuk menanganinya.

Perlu diingatkan bahawa penemuan audit merekodkan lebihan kewangan 2011 berjumlah hanya RM2 juta lebih iaitu pengurangan lebih RM20 juta dalam masa satu tahun sahaja dengan projek-projek ‘hebat’ tetapi mencatatkan kerugian-kerugian yang tidak masuk akal dari segi alasan dan juga jumlahnya.

Justeru, jika sikap seperti ini diteruskan, bayangkan apakah yang akan terjadi kepada negeri ini jika dipegang oleh PAS selama sepenggal lagi, atau setahun sahaja lagi?

MB Kedah Diminta Beri Penjelasan @tankengliang

… Kerajaan pakatan pembangkang negeri Kedah didesak menjelaskan kepada rakyat, kenapa projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea gagal dilaksana, seperti dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara, bagi tahun 2011. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehubungan itu diminta tampil dengan alasan kukuh bagi menerangkan kenapa perjanjian perniagaan yang membabitkan pelaburan ratusan jutaan […]

Pas lwn KCS: Kedah dilanda krisis pentadbiran kronik

TAJUK besar di atas juga boleh berbunyi seperti ini: Kisah politik anak-beranak, politik ketamakan, fobia kalah, persaingan dan rivalry? Sedar atau tidak di Kedah sekarang sedang berlaku satu krisis pentadbiran yang cukup kronik. Pas negeri itu sudah mula menentang secara berdepan dengan Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS). Tidak pernah dalam sejarah cemerlang dan terbilang […]

Audit 2011 Kedah: Bukti PAS Tidak Mampu Memerintah

Rata-rata Laporan Audit negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menunjukkan kelemahan di sana sini dan langsung tidak menggambarkan ketelusan atau kecekapan yang jauh lebih baik dari Barisan Nasional sepertimana yang digembar-gemburkan mereka. Namun begitu, rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa kelemahan pentadbiran Kedah berada di kelasnya yang tersendiri – iaitu paling bawah antara semua negeri-negeri […]

Laporan Audit 2011 Buktikan Banyak Penyelewengan di Kedah

Kerajaan ‘Islam’ PAS negeri Kedah nampaknya tidak mampu membuktikan integriti dan ketelusan yang tinggi sepertimana yang dikehendaki dalam Islam. Walaupun, laporan audit negeri secara umumnya direkod sebagai memuaskan, namun ia wajar dipersoal atau ditolak memandangkan masih ada 31.8% dari 22 agensi-agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan mengikut masa yang ditetapkan. Kegagalan ini menyebabkan kita […]

Azizan VS Phahrolrazi, Mahfudz Yang Jadi MB

Masalah kemaruk ingin jadi Menteri Besar Kedah menggantikan Dato’ Seri Azizan Razak di kalangan pemimpin PAS Kedah bukanlah rahsia lagi. Malah, cita-cita yang tidak tertahan-tahan membuatkan mereka tidak segan silu lagi bercakaran secara terbuka. Pendek kata tidak perlulah menggunakan khidmat risikan untuk mengenalpasti siapa musuh siapa, siapa kawan siapa dan siapa alat siapa. Semuanya boleh […]

UTAMAPOLITIKPenemuan Audit Lemah, SUK & PAS Berbalah, Di Mana MB Kedah?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium