[VIDEO] Laporan rasmi? tolak Tepi! Pentas kempen kini hanya perlukan modal ‘sakau’ dan matematik angka bilion

Hebat sungguh pentas lakonan PMX kita!

Musim kempen sudah tiba, dan seperti biasa, pentas ceramah kembali menjadi pentas teater paling menghiburkan di negara ini. Watak utamanya? Siapa lagi kalau bukan jaguh pidato kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terus memukau penyokong Pakatan Harapan dengan ‘fakta-fakta’ yang dipetik terus dari awangan.

Dalam siri jelajah terbarunya, naratif kitar semula kembali berkumandang. Modalnya cukup mudah: sebut perkataan “tatakelola” sekurang-kurangnya tiga kali, laungkan amaran “jangan sakau”, dan lemparkan angka berbilion ringgit ke udara. Sepuluh bilion hilang? Campur dua bilion lagi? Tiba-tiba jadi dua belas bilion. Mudah sungguh matematik di atas pentas politik.

Buat apa kita susah-susah buang masa membaca Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang tebal dan sarat dengan terma kewangan yang membosankan itu? Fakta dan konteks sebenar hanyalah penghalang kepada sebuah penceritaan yang sedap didengar. Asalkan angka yang disebut itu cukup besar untuk membuatkan makcik dan pakcik di barisan hadapan mengucap panjang, matlamat kempen sudah pun tercapai.

Strategi ini memang genius. Bawa kisah syahdu orang kampung yang menabung seratus ringgit sebulan, gabungkan dengan nada suara yang bergetar penuh simpati, dan saksikan penyokong cair di hadapan mata. Di atas pentas, beliau menyoal dengan penuh dramatik: “Aiyoo… yenna kerja ni? Apa negara ni okey ke?”

Namun, ironinya sungguh menebal. Sambil berdegar-degar mengutuk budaya sorak “Hidup Melayu!” dan budaya cium tangan, jentera kempennya sendiri menuntut ketaatan semberono yang sama daripada para penyokong. Selagi penonton terus bertepuk tangan setiap kali angka ’12 bilion’ dipetik tanpa perincian atau bukti dari mana ia datang, selagi itulah retorik populis ini akan terus dihidangkan.

Mungkin di mata jentera kempen Pakatan Harapan, rakyat tidak perlukan fakta yang tepat, analisis kerugian pelaburan, atau laporan penstrukturan semula kewangan yang sebenar. Rakyat hanya perlukan seseorang untuk memegang mikrofon, marah-marah di atas pentas, dan mencipta ‘musuh halimunan’ yang telah menyakau duit mereka.

Jadi, simpan sahajalah laporan rasmi anda. Di pentas kempen, kebenaran tidak ditentukan oleh siasatan audit, tetapi oleh siapa yang menjerit paling kuat. Teruskan menepuk tangan!

Berkaitan

Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Video thumbnail
Bro, Jangan Merungut Kalau Dah Janji! 6 Sebab Anwar Tak Patut Bising Pasal Hutang FELDA RM1 Bilion
04:03
Video thumbnail
"Surat Diremehkan, Bila Bersuara Dituduh Berpolitik!" - Ahmad Zahid Hamidi
03:46
Video thumbnail
“Kembalikan Mandat Kepada Rakyat!” — Laung Megah di Pentas, Bila Dicabar Zahid Terus Gelabah?
00:54
Video thumbnail
Cakap Tak Serupa Bikin - Loke Kata No Lantikan Politik, 6 Pemimpin DAP Jadi Pengerusi Agensi MOT
00:51
Video thumbnail
Lebih Baik PRU16 Awal, Mandat Baharu Rakyat Diperlukan
00:21
Video thumbnail
Datuk Seri Anwar Didapati Bersalah Salah Guna Kuasa
02:12
Video thumbnail
Lain Dulu, Lain Sekarang - Bil Elektrik Edition.PMX dan TNB patut teliti semula Nasihat Anwar.
00:43
Video thumbnail
Prestasi TH di Era BN: Jom Semak Fakta & Nombor! 📈
03:01
Video thumbnail
TRX: Bailout atau Pelaburan Bijak? Tan Sri Irwan Serigar Jawab Tuduhan 'Raja Formula'
01:16
Video thumbnail
Biar Betul Menteri Agama kata Tabung Haji Bankrap Pada 2017? 🤨 Dia faham ke tak maksud 'insolvent'?
01:17
Video thumbnail
Abraj Sdn Bhd dilelong RM100 ribu je oleh PH pada Disember 2022?
00:42
Video thumbnail
Tabung Haji Sebelum 2018: Kedudukan Sebenar, Dasar Dan Tanggung Jawab Institusi - TS Irwan Serigar
36:21
Video thumbnail
"Persepsi vs Realiti": Kupasan Isu Panas Tabung Haji Oleh Dr. Asyraf Wajdi
11:54
Video thumbnail
"Saya Tak Faham Apa Erti Sakau!" – Respon Padu Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah.
01:20
Video thumbnail
Jangan sampai langkah kita dibaca orang
01:30
Video thumbnail
No one-size-fits-all — Strategi semalam belum tentu jalan untuk esok.
01:30
Video thumbnail
Dari Melaka ke Pentas Nasional: Gerak Kerja Bermula Sekarang!
01:10
Video thumbnail
Jangan silap baca ‘ombak’: PRN bukan penentu PRU-16
01:14
Video thumbnail
Kawan di Putrajaya, Lawan di Pilihan Raya? Fahamkan ‘Politik Dua Tingkat’! 🏛️🤝
01:29
Video thumbnail
Sakau.. sakau
00:05
Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini

POLITIK

Surat Suai Kenal Jadi Teori Konspirasi: English Lemah atau Sengaja Buta Huruf?

POLITIK

Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?

POLITIK

[VIDEO] UMNO dan Isyarat Pilihan Raya Awal: Antara Mandat Baharu dan Realiti Politik Semasa

EDITORIAL

[VIDEO] Tabung Haji Sebelum 2018: Kedudukan Sebenar, Dasar Dan Tanggung Jawab Institusi

NAJIB RAZAK

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low