NASIONALSABAH#CerobohSabah: Kerajaan Siasat Dakwaan Penglibatan Pembangkang

#CerobohSabah: Kerajaan Siasat Dakwaan Penglibatan Pembangkang

sulusultanKANGAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan perisikan Malaysia untuk menyiasat dakwaan bahawa pembangkang adalah antara pihak yang bertanggungjawab menghasut waris Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Najib berkata dakwaan berkenaan merupakan sesuatu yang serius dan ia perlu disokong dengan bukti.

“Terdapat gambar dan keterangan tetapi kita perlu bukti kukuh untuk mengetahui siapa yang benar-benar terlibat disebalik krisis ini,” katanya ketika pelancaran Universiti Malaysia Perlis kampus utama pada hari Ahad.

Menurut Perdana Menteri, tuntutan terhadap Sabah bukan sesuatu yang baru namun adalah amat amat mencurigakan mengapa ia dibangkitkan semula sekarang.

Kata Najib, Malaysia dan Filipina akan menyiasat perkara itu secara berasingan namun akan bertukar-tukar maklumat mengenainya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami