NASIONALSABAH#CerobohSabah: Polis Buru Lelaki Bersenjata Melarikan Diri

#CerobohSabah: Polis Buru Lelaki Bersenjata Melarikan Diri

#CerobohSabah: Polis Buru Lelaki Bersenjata Melarikan DiriLAHAD DATU: Pasukan polis menyisir di tepi pantai di Semporna untuk memburu lelaki bersenjata yang melarikan diri berikutan serangan hendap tiga hari lalu yang menyaksikan enam anggota polis dan enam lelaki bersenjata ditembak mati.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah juga menentukan jenis senjata yang digunakan oleh lelaki bersenjata di Kg Simunul.

Beliau berkata, polis menganggarkan tidak lebih daripada 10 lelaki bersenjata terlibat dalam kejadian yang dikaitkan dengan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo dekat sini.

Hamzah berkata, jenazah anggota polis dihantar pulang untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Sabah dan Semenanjung selepas bedah siasat pada Isnin.

Beliau berkata, polis Malaysia bekerjasama dengan angkatan tentera bagi berhadapan dengan kumpulan bersenjata Sulu yang melakukan pencerobohan di Kampung Tanduo.

“Kami memanfaatkan aspek teknikal tentera tetapi operasi masih di bawah polis,” katanya.

Hamza berkata, polis juga cuba untuk mengesahkan laporan mengenai 10 penceroboh, di mana tiga daripadanya dikatakan bersenjata dan memakai pakaian seragam ‘camaflouge’ dikesan di dua kampung di daerah Kunak.

Beliau berkata, penduduk dari kedua-dua kampung dibenarkan pulang ke rumah.

Mereka dipindahkan berikutan laporan yang mengesan berlakunya pencerobohan pada lewat Sabtu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami