MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Tragedi Triso: Kerajaan PH batal bina jambatan Batang Lupar

Semua mangsa yang mempunyai pertalian kekeluargaan dipercayai dalam perjalanan dari Sibu, kira-kira 200 km dari lokasi tragedi, ke bandar raya Kuching.

DATUK Seri Najib Razak melahirkan rasa sedih atas tragedi menimpa sembilan mangsa termasuk kanak-kanak dan bayi yang maut selepas kenderaan pikap dinaiki terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Friso, Sarawak, semalam.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Najib berkata pembinaan jambatan tersebut dipersetujui beliau ketika menjadi Perdana Menteri pada era kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi feri Triso di Sarawak. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

“Ya. Dulu Jambatan Batang Lupar dipersetujui oleh saya agar dibiayai secara perkongsian antara Kerajaan Persekutuan (BN) dan Kerajaan Sarawak dengan konsep 50:50.

“Namun pembinaan dibatalkan (bersama beberapa lagi jambatan Sarawak) oleh kerajaan pusat Pakatan Harapan (PH) bawah Menteri Kewayangan (Kewangan) selepas PRU14. Sedih,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Pada Mac 2019, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengkritik kerajaan PH dan menggelarnya buruk siku selepas menarik balik projek pembinaan Jambatan Batang Lupar, Jambatan Igan dan Jambatan Rambungan.

Beliau dilaporkan berkata, tindakan menarik balik pembinaan jambatan itu selepas diluluskan semasa pentadbiran BN dilihat janggal ketika Putrajaya bersungguh-sungguh mahu menghasilkan kereta terbang pertama negara.

Selain tiga jambatan tersebut, kerajaan PH juga didakwa membatalkan projek-projek pembangunan kecil lain yang bernilai RM20,000 hingga RM30,000.

Semalam, sembilan mangsa iaitu dua wanita, tiga remaja, tiga kanak-kanak termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut dalam tragedi pikap terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di jeti berkenaan.

Mereka dikenal pasti sebagai Ronany Ting, 33, yang memandu kenderaan itu serta penumpang, Siti Aisha Abdullah, 36.

Turut terkorban, Nor Shuhada Mohamad, 16; Khairunnisa Muhamad, 14; Alvin Phang, 12 dan tiga kanak-kanak lelaki iaitu Wallace Phang,7; Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7; dan Muhd Mustaqim Mohd Hamdan, 5, manakala
Bayi lelaki dikenal pasti sebagai Mohd Ahmad Mohd Hamdan.

Dari Facebook Najib Razak
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157593348105952

Dari Facebook Danny Liew
https://www.facebook.com/danny.liew.18/posts/3594948830542345

Rujukan:
Pembatalan jambatan jalan pesisir amat dikesali
https://www.utusanborneo.com.my/2018/12/28/pembatalan-jambatan-jalan-pesisir-amat-dikesali

Tiga jambatan tetap dibina kerajaan Sarawak demi manfaat penduduk luar bandar
https://www.utusanborneo.com.my/2018/12/22/tiga-jambatan-tetap-dibina-kerajaan-sarawak-demi-manfaat-penduduk-luar-bandar

Aidel: Batal projek Sarawak, PH amal dasar tidak bertanggungjawab
https://dayakdaily.com/aidel-batal-projek-sarawak-ph-amal-dasar-tidak-bertanggungjawab/

Berkaitan

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool selepas seri menentang Everton

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump

Terkini

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama