Saturday, January 4, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Sultan Selangor dukacita sikap tidak berhati-hati keluarkan kata-kata

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan sikap dan tingkah laku segelintir individu umat Islam khususnya di Selangor, yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata, yang boleh menjejaskan akidah dan keislaman mereka.

Baginda bertitah, apa-apa juga iktikad (pernyataan dalam hati) atau percakapan atau perbuatan oleh mana-mana orang Islam yang berhasrat untuk keluar dari agama Islam, dikhuatiri boleh membawa kepada tergelincirnya akidah dan menyebabkan terkeluarnya seseorang itu dari agama Islam.

“Asas kepada kepercayaan umat Islam adalah mengakui akan keesaan Allah SWT dengan mengucap kalimah syahadah, dan seorang Islam perlulah sentiasa berpegang kepada keyakinan bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah dan nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani di sini, hari ini.

Titah baginda, seseorang yang berpegang dengan Islam sebagai agamanya adalah berpegang secara mutlak terhadap prinsip tauhid dan akidah sepanjang kehidupannya.

“Sehubungan itu tindakan segelintir umat Islam khususnya di Selangor yang mengugut untuk keluar dari agama Islam apabila berhadapan dengan sesuatu masalah hanya menunjukkan rapuhnya keyakinan mereka terhadap agama Islam dan Allah SWT,” titah baginda.

Sementara itu, Mohamad Munir berkata, baginda Sultan menitahkan agar umat Islam sentiasa berpegang teguh kepada akidah Islam, tidak mudah terpesong dari akidah Islam sebenar, dan tindakan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menguatkuasa undang-undang adalah suatu tindakan dan proses biasa berlandaskan peruntukan undang-undang.

“Malah Baginda telah menitahkan agar semua tindakan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip yang mendukung keutamaan dakwah, mendidik, mencegah dan meningkatkan kefahaman Islam yang betul kepada masyarakat.

“Baginda juga menitahkan agar MAIS dan JAIS sentiasa memelihara dan mempertahankan akidah Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sebarang unsur dan ideologi yang boleh merosakkannya,” menurutnya dalam kenyataan itu. -Bernama

#Tag

Berkaitan

[VIDEO] Tawaf terbatal jika niat berubah kerana TikTok

Badal atau bedal haji?

[VIDEO] Badal atau bedal haji?

Hukum meraikan Pesta Kuih Bulan atau Pesta Tanglung

7 Sunnah Hari Raya

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

EKONOMI

Ringkasan Kemajuan ECRL: Kemas kini terkini, butiran stesen dan mengapa ia penting serta bagaimana Rafizi membodohkan pengikutnya

TEKNOLOGI

Alat AI baru Google menggunakan arahan imej bukannya teks

TEKNOLOGI

Adakah kecerdasan buatan akan menjadi cerita tahun 2025

NAJIB RAZAK

Himpunan Solidariti untuk Najib: UMNO junjung Titah Agong

JENAYAH / MAHKAMAH

Anggota polis wanita ditahan positif dadah ketika berhibur

JENAYAH / MAHKAMAH

[TONTON] Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

AD-DIN

[VIDEO] Tawaf terbatal jika niat berubah kerana TikTok

Penggunaan media sosial yang semakin meluas terutama menerusi platform Tik Tok menjadi cabaran terutama dalam kalangan jemaah haji.
AD-DIN

[VIDEO] Badal atau bedal haji?

"Tawaran badal haji sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas itu terlampau murah jika dibandingkan dengan harga asal permit haji yang harganya paling rendah adalah...
AD-DIN

Hukum meraikan Pesta Kuih Bulan atau Pesta Tanglung

Perayaan Kuih Bulan atau Pesta Tanglung bukanlah sesuatu yang asing di negara ini. Perayaan yang diraikan pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar Cina...
AD-DIN

7 Sunnah Hari Raya

7 Sunnah Hari Raya 1. Mandi Dari Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه, seseorang pernah bertanya pada Ali mengenai mandi. Ali menjawab, "Mandilah setiap hari jika kamu...
EKONOMI

Ringkasan Kemajuan ECRL: Kemas kini terkini, butiran stesen dan mengapa ia penting serta bagaimana Rafizi membodohkan pengikutnya

TEKNOLOGI

Alat AI baru Google menggunakan arahan imej bukannya teks

TEKNOLOGI

Adakah kecerdasan buatan akan menjadi cerita tahun 2025

NAJIB RAZAK

Himpunan Solidariti untuk Najib: UMNO junjung Titah Agong

JENAYAH / MAHKAMAH

Anggota polis wanita ditahan positif dadah ketika berhibur

JENAYAH / MAHKAMAH

[TONTON] Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

EKONOMI

Kos sara hidup antara beban utama keluarga Malaysia