Saturday, December 21, 2024

Ahli politik dituduh cabul ahli perniagaan wanita

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan wanita dicabul seorang ahli politik yang berpengaruh di sebuah negeri di Pantai Timur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak, berkata mangsa yang berusia 48 tahun mendakwa kejadian itu sekitar Julai atau Ogos tahun lalu di kediamannya di Taman Bukit Melawati, di sini.

“Pada hari kejadian, suspek yang juga rakan baik kepada suami mangsa bersama isterinya berkunjung ke kediaman mangsa dan mereka bermalam di situ.

“Pada awal pagi keesokannya semasa mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat satu, dia tiba-tiba tersedar dan merasa ada orang mencium dan meramas payu daranya.

“Sebaik menyedari yang mangsa tersedar, suspek terus turun ke bawah untuk pulang ke rumah bersama isterinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, setelah sekian lama kejadian itu, mangsa akhirnya membuat laporan polis berkaitan perkara itu pada 16 Mac lalu.

“Mangsa takut untuk membuat aduan polis selama ini kerana bimbang akan merosakkan hubungannya dengan suspek. Mangsa juga tidak pasti apa yang perlu dibuat memandangkan suspek yang berusia 50-an itu adalah seorang ahli politik yang berpengaruh di sebuah negeri di Pantai Timur,” katanya.

Mohammed Farouk berkata, polis sudah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Berkaitan

JENAYAH / MAHKAMAH

Imigresen Sabah hantar pulang 180 pendatang Filipina ke negara asal

JENAYAH / MAHKAMAH

Guan Eng mohon keluarkan notis bankrap terhadap Muhyiddin

JENAYAH / MAHKAMAH

AGC tolak representasi ibu bapa Zayn Rayyan semak semula pertuduhan abai...

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…