PILIHAN RAYAPAS Gugur Taib Azamuddin, Pilih Ketua Pemuda Calon Temerloh

PAS Gugur Taib Azamuddin, Pilih Ketua Pemuda Calon Temerloh

hadi awang stupidPenyandang kerusi Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuddin Md Taib digugurkan daripada senarai calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Tempat Taib akan diganti oleh muka baru, iaitu Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.

Najmi yang juga adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad turut diumumkan menyertai PAS pada Selasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan demikian turut menamakan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Temerloh.

Sementara itu bagi kerusi Parlimen Titiwangsa pula, PAS mempertaruhkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Zamri Asa’ad Khuzaimi sebagai calon.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Kedudukan Strategik Ahmad Zahid: Mengapa BN Dijangka Kekal Menyokong Kerajaan Perpaduan Walaupun Menang di Peringkat Negeri

Analisis peluang UMNO di PRN Johor: Kelebihan vs cabaran

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami