Guan Eng ketua menteri yang terkenal kelicikan dan begitu kuat berbohong sekali lagi menunjukkan belang sebenar.
Inilah Pisau perkatakan apabila ketua menteri berlidah biawak ini buka mulut sudah pasti akan berbohong dan tidak akan sesekali bercakap benar.
Kenyataan terbaru ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri sememangnya begitu tergila gilakan kredit atas kerja orang lain dan begitu kemaruk mahu menjadi popular hingga sanggup berbohong secara terang terangan.
Petikan dari Malaysiakini
Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mencatatkan hasil pendapatan paling tinggi buat dua kali berturut-turut – ia berjaya memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009. Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, Pulau Pinang adalah negeri tunggal Pakatan Rakyat yang menerima penarafan ‘baik’berhubung kedudukan kewangannya – mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 juta.
Pada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang memecahkan rekod apabila dana terkumpulnya mencecah RM1.025 bilion seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.-selanjutnya sini
Pembohongan secara terang terangan ini ternyata berniat memperbodohkan seluruh rakyat Pulau Pinang dan cuba menunjukkan kerajaan CAT ini begitu kuat berkerja dan mampu mengumpulkan hasil yang banyak.
Tahukah anda kerajaan BN meninggalkan dana sebanyak 850juta didalam akaun sebelum diambil alih oleh ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri?
Fakta menyatakan kerajaan negeri dibawah ketua menteri pembohong ini hanya mampu mengumpul 150juta saja. Apabila dicampur dengan wang peninggalan kerajaan BN yang berjimat cermat maka jumlah keseluruhannya adalah 1 billion.
Didalam ceramah ceramah dan risalah beliau dengan bongkak mendabik dada kononnya atas dasar CAT kerajaan negeri berjaya mengumpul hingga 1 billion.Adalah tidak masuk akal dalam masa 2 tahun kerajaan negeri mampu mengumpul sehingga 1 billion.
Pisau berasa simpati melihat penyokong tegar pakatan yang terlalu percayakan manusia berlidah biawak ini. Paling malang beliau diangkat menjadi khalifah sosialis oleh Nik Aziz hinggakan apa saja yang dilakukan oleh beliau dihalalkan hatta menghina Islam sekali pun.
Pisau kata “lepas PRK ada isu besar nak meletup…”