Tunku Aziz akan terus buat pendedahan, sedia disaman - pakdin.my

tunku-aziz-DAP

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berikrar akan terus membuat pendedahan berkaitan parti itu walaupun menerima ‘ugutan’ agar menutup mulutnya atau terpaksa menghadapi tindakan undang-undang.

Menurut Tunku Aziz, beliau sedia disaman pada bila-bila masa walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh telah memberi amaran kepada beliau supaya tidak lagi menceritakan rahsia dalaman parti kepada umum.

“Siapa Karpal untuk mengarahkan saya ‘tunduk’ kepada kemahuan beliau? Saya tidak sekali pun gerun dengan amaran ini, saman saya dengan segera pada bila-bila masa, saya tidak takut dengan ugutan kebudak-budakan seperti ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

UTAMAPOLITIKTunku Aziz akan terus buat pendedahan, sedia disaman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium