BERITAPeningkatan Kes Jenayah Terancang Membimbangkan - @NajibRazak (video)

Peningkatan Kes Jenayah Terancang Membimbangkan – @NajibRazak (video)

najib-jenayah-terancang

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan kebimbangannya dengan peningkatan kejadian jenayah terancang membabitkan pembunuhan menggunakan senjata api.

Kerajaan katanya akan menyediakan apa sahaja yang diperlukan oleh Polis Diraja Malaysia, PDRM bagi menambah keberkesanan pasukan itu khususnya dalam memerangi jenayah berat.

Ke arah itu – kerajaan bersedia membentangkan undang-undang baru pada sidang Parlimen akan datang untuk menambah kuasa PDRM bagi menangani skop jenayah terbabit.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI

“Pihak polis perlu mengambil tindakan segera untuk pulihkan keyakinan rakyat terhadap apa yang berlaku, pihak kerajaan sedia untuk beri pihak polis, apa saja yang perlu kepada mereka untuk tambah keberkesanan usaha memerangi jenayah terutama jenayah berat”.

Tambah Datuk Seri Mohd Najib – apa sahaja langkah yang diambil bagi mengukuhkan PDRM, ia harus dalam kerangka polis menggunakan kuasa dengan wajar.

Dan bagi tujuan peruntukan khas – menteri-menteri bertanggungjawab dalam soal keselamatan akan duduk bersama Peguam Negara serta Ketua Polis Negara untuk merangka peruntukan tambahan berkenaan.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami