BERITAShafee Abdullah Kekal Ketuai Pendakwaan Kes Liwat Anwar

Shafee Abdullah Kekal Ketuai Pendakwaan Kes Liwat Anwar

shafie-abdullah

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan pihak pembelaan.

Ia diputuskan hari ini oleh panel tiga hakim, diketuai Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Ketika membacakan penghakimannya, Datuk Ramly berkata, pelantikan Tan Sri Muhammad Shafee sebagai pendakwaraya oleh Peguam Negara, bagi kes rayuan itu adalah sah di sisi undang-undang.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar memfailkan permohonan untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan berkenaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami