BERITA4 Ahli Keluarga MB Perlis Nyaris Maut Kediaman Terbakar

4 Ahli Keluarga MB Perlis Nyaris Maut Kediaman Terbakar

rumah-keluarga-mb-perlis-terbakar

4 ahli keluarga Menteri Besar Perlis, Azlan Man nyaris maut apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran lewat malam tadi.

Ia berlaku di Jalan Negeri Sembilan Selatan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur .

Ketika kejadian, 4 sekeluarga berada di tingkat atas rumah ini.

5 jentera bersama 58 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Hang Tuah, Sentul, Taman Tun Dr Ismail, Pantai dan Seputih dikejarkan ke tempat kejadian.

Namun setibanya di lokasi, hampir 60 peratus kediaman ini telah terbakar.

Ini kerana struktur rumah ini diperbuat dari kayu.

Bomba juga terpaksa mendapatkan punca air sejauh 500 meter dari lokasi kejadian.

Api dapat dikawal sejam kemudian.

Pasukan Forensik Bomba masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian.

Tiada mangsa dilaporkan cedera.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami