BERITADua Terbunuh, Lori Satu Tan Rempuh Lori Tangki Dekat Gua Tempurung (video)

Dua Terbunuh, Lori Satu Tan Rempuh Lori Tangki Dekat Gua Tempurung (video)

Dua Terbunuh, Lori Satu Tan Rempuh Lori Tangki Dekat Gua Tempurung (video)

Dua terbunuh, selepas sebuah lori satu tan merempuh lori tangki yang berhenti di lorong kecemasan.

Kemalangan berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Gua Tempurung, Kampar, Perak.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi tadi di kilometer 300.4, Lebuh Raya Utara dekat Gua Tempurung.

Ketika kejadian kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan ke arah Utara.

Pemandu lori tangki dikatakan berhenti di lorong kecemasan untuk memeriksa tayar kenderaannya.

Malangnya sebuah lori lain yang sarat dengan muatan makanan haiwan, dipercayai gagal dikawal lalu merempuh bahagian belakang lori tangki terbabit.

Rempuhan kuat menyebabkan pemandu serta kelindan lori satu tan itu tersepit di bahagian tempak duduk dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anggota Bomba Dan Penyelamat dari Balai Tapah, mengambil masa hampir 30 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

Bagaimanapun pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohd Iswad Ramli 33 tahun, berasal dari Felda Palong Gemas, Negeri Sembilan.

Manakala idenditi kelindannya masih belum diperolehi kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Kemalangan ini turut mengakibatkan Lebuh Raya Utara Selatan dari Arah Tapah Ke Utara sesak teruk lebih tiga jam.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami