Kira-kira setengah jam selepas kemalangan pertama, seorang lagi menemui ajal di lebuh raya yang sama kali ini membabitkan seorang penunggang motosikal.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi di Kilometer 457.9, berhampiran restoran jejantas Sungai Buloh.
Mangsa cedera parah akibat tercampak, maut di tempat kejadian.
Dia dikenali sebagai Syahrizzudin Abdul Razak, 22 tahun dari Kuang, Selangor.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.