Syarikat Bekalan Air Selangor, Syabas tidak melaksanakan catuan air ke seluruh Selangor hari ini seperti yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.
Ia kerana tiada kelulusan diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, SPAN.
Catuan atau agihan air berjadual hanya melibatkan 71 kawasan terjejas akibat pencemaran ammonia.
Catuan mulai Khamis ini meliputi 60,185 pintu rumah.