‘Alright, Good Night’ Kata Terakhir Juruterbang #MH370Hilang #PrayForMH370 #DoaUntukMH370 - pakdin.my

Malaysia-Airlines-Boeing-B777-200-Flight-MH370-pictures

BEIJING: “Alright, good night”. Itu kata terakhir yang didengar dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lalu.

Ia didedahkan buat pertama kalinya dalam satu mesyuarat di Beijing pada pagi Rabu antara kerajaan Malaysia dan China.

Pesawat itu kemudiannya hilang dari radar, kata pegawai Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dalam satu pertemuan yang diketuai Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin.

Pertemuan itu diadakan di dalam sebuah bilik yang dipenuhi hampir 400 ahli keluarga penumpang pesawat tersebut di Hotel Metropark Lido.

Bimbang dan marah mengenai nasib penumpang pesawat tersebut yang tidak diketahui dan tiada perkembangan terkini mengenai lokasi pesawat, ahli keluarga mereka pada Selasa meminta satu pertemuan diadakan antara kerajaan Malaysia untuk mendapat jawapan kepada semua persoalan mereka.

Namun hampir dua jam, pertemuan pada pagi itu berakhir dengan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Pegawai jabatan tersebut berkata, perkataan terakhir dari pesawat MH370 dibuat sebagai respons selepas Pusat Kawalan Udara Malaysia memberitahu kokpit bahawa mereka memasuki ruang udara Vietnam dan pusat kawalan udara dari Ho Chi Minch mengambil alih tugas tersebut.

Pesawat tersebut yang membawa 239 penumpang dan anak kapal membabitkan 153 warga China, masih hilang selepas dilaporkan terputus hubungan pada pukul 1.20 pagi Sabtu walaupun operasi mencari dan menyelamat turut dibantu beberapa negara termasuk Singapura.

Walaupun pesawat tersebut hilang dari radar mungkin kerana dirampas dan perampas boleh mematikan signal, dalam insiden itu, juruterbang masih boleh menghantar kod mayday rahsia, kata pegawai Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Pegawai tersebut turut berkata, tiada sebab untuk mengesyaki juruterbang yang berpengalaman dan lulus kesemua pemeriksaan yang dikenakan oleh MAS kepada juruterbang.

Ini sebagai respons kepada keluarga yang membangkitkan laporan bahawa juruterbang membenarkan penumpang masuk ke dalam kokpit.

UTAMABERITA'Alright, Good Night' Kata Terakhir Juruterbang #MH370Hilang #PrayForMH370 #DoaUntukMH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium