BERITA#MH370: Pencarian Pada Jumaat Berakhir Tanpa 'Apa-Apa Dapat Dikesan'

#MH370: Pencarian Pada Jumaat Berakhir Tanpa ‘Apa-Apa Dapat Dikesan’

#MH370: Pencarian Pada Jumaat Berakhir Tanpa ‘Apa-Apa Dapat Dikesan’

PERTH: Pesawat pengesan menamatkan hari kedua pencarian di Lautan HIndi tanpa hasil apabila tiada serpihan atau bangkai yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 ditemui.

Pesawat tentera Australia dan Amerika Syarikat yang biasanya digunakan untuk operasi laut dalam menyeberang kawasan carian terpencil di 2,500 km barat daya Perth bagi mencari dua objek terapung yang dirakamkan satelit beberapa hari sebelum ini.

Walaupun imej itu nampak kurang jelas untuk ia disahkan sebagai serpihan dari penerbangan MH370, pegawai Australia dan Malaysia berkata ia adalah petunjuk paling boleh dipercayai untuk meneruskan usaha mencari pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Kesimpulannya, pencarian pada Jumaat adalah ‘tiada apa-apa yang dikesan’, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata dalam satu kenyataan.

Pesawat terbang rendah di bawah awan dan tidak bergantung kepada radar, selepas cuaca buruk hari sebelumnya menghalang carian.

Jarak dari pantai barat Australia membolehkan pesawat membuat carian kira-kira dua jam sebelum kembali ke Perth dengan bahan api yang cukup.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami