BERITABayi Lelaki Ditemui Dalam Tong Sampah Di Klang

Bayi Lelaki Ditemui Dalam Tong Sampah Di Klang

Gambar hiasan

KLANG: Seorang bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah di Lorong Lebuh Pulau Pinang 2 Off Jalan Meru di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Shukor Sulong berkata, bayi itu yang dianggar berusia lebih seminggu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 11 pagi Khamis.

“Bayi itu ditemui dibalut dengan beg plastik sampah berwarna hitam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kecederaan pada bayi itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan lanjut.

“Kawasan tempat bayi dibuang itu ialah bangunan rumah kedai empat tingkat, lokasi itu juga kawasan perniagaan yang bercampur dengan rumah kediaman,” katanya.

Mohd Shukor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami