#MH370: Isyarat baru dikesan - pakdin.my

MH370-Signals-4

PERTH: Sebuah pesawat Australia yang terbabit pencarian penerbangan MH370 mengesan isyarat baru di dalam air, hari ini.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, pesawat P-3 Orion membuat penemuan itu di kawasan beberapa isyarat dikesan sebelum ini ketika kerja-kerja melepaskan boya pengesan bunyi.

“Maklumat ini memerlukan analisis selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Jika disahkan, isyarat ini akan menjadi isyarat kelima dikesan bawah air dalam usaha pencarian MH370.

MH370-raaf-ap3c-orion

UTAMABERITA#MH370: Isyarat baru dikesan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium