BERITAKetua Polis Selangor Nafi Berlaku Serangan Ganas Antara Dua Kaum Di Klang

Ketua Polis Selangor Nafi Berlaku Serangan Ganas Antara Dua Kaum Di Klang

Ketua Polis Selangor Nafi Berlaku Serangan Ganas Antara Dua Kaum Di Klang
Polis DiRaja Malaysia

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan Jumaat menafikan khabar angin kononnya berlaku serangan ganas antara dua kaum di Klang dekat sini, seperti yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini.

Beliau berkata, khabar angin yang tersebar menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (sms) dan di Facebook itu adalah berniat jahat dan boleh mencetus huru-hara serta masalah perkauman di negara ini.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang laporan mengenai kejadian seumpama itu. Polis mengesahkan tiada sebarang bukti dan maklumat yang menyokong dakwaan tersebut.

Ada khabar angin mengatakan penunggang motosikal dilarang pergi ke kawasan Pandamaran, Klang hingga ke Pelabuhan Klang bagi mengelakkan menjadi mangsa. Dakwaan seperti ini boleh menggugat ketenteraman orang awam,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Jumaat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin yang tersebar di laman sosial dan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami