Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran kelima Siri Super selepas menundukkan pemain Hong Kong, Hu Yun pada final badminton Terbuka Jepun dengan 21-14, 21-12 di Gimnasium Metropolitan Tokyo, sebentar tadi.
Dalam perlawanan separuh akhir, pemain nombor satu dunia itu hanya memerlukan 47 minit bagi menewaskan pemain tuan rumah, Kenichi Tago 21-15, 21-17.