SANDAKAN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan sebuah tapak pembinaan di Batu 4, Sandakan, maut dalam kejadian tembakan pagi tadi.
Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 11.30 pagi dan menemui sepucuk pistol berhampiran kedua-dua mayat berkenaan di tapak pembinaan terbabit.
Mangsa dkenali sebagai Koperal Maldi Awang, Anggota PGA Batu 15 Sandakan dan Ibni Hashim, seorang Pengawal Keselamatan Tapak Pembinaan yang tinggal di Kampong Batu Sapi, Sandakan.
Menurut maklumat adalah dipercayai anggota PGA telah menembak mati orang awam di kawasan tapak projek taman perumahan Casa San Uno Jln Lintas Utara, Batu 4, Sandakan sebelum menembak diri sendiri.
Berkemungkinan peristiwa tersebut berkaitan anggota PGA tersebut telah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita tempatan yang menpunyai hubungan keluarga dengan Pengawal Keselamatan yang ditemui mati dan juga dipercayai wanita telah mengandung.
Senjata yg digunakan oleh anggota itu dipercayai dari jenis P99
Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.