BERITABelanda bangkit dramatik atasi Mexico layak ke suku akhir #PialaDunia2014

Belanda bangkit dramatik atasi Mexico layak ke suku akhir #PialaDunia2014

REAKSI penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa (tengah) selepas gawangnya dibolosi pemain Belanda
REAKSI penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa (tengah) selepas gawangnya dibolosi pemain Belanda

Belanda menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit untuk bangkit menewaskan Mexico 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua yang penuh dramatik untuk layak ke suku akhir di Stadium Estadio Castelao, sebentar tadi.

Satu gol masing-masing daripada rembatan padu Wesley Sneijder pada minit ke-88 dan sepakan penalti oleh pemain gantian, Klaas-Jan Huntelaar (minit ke-90) mengikis gol pendahuluan daripada Giovani Dos Santos (minit ke-48) dengan Mexico satu ketika tampak akan layak termasuk ketangkasan penjaga gol, Guillermo Ochoa yang beberapa kali menafikan peluang jaguh Eropah itu.

Selepas jaringan penyamaan Sneijder, Belanda terus mengasak dan keringat mereka berbaloi apabila mendapat sepakan penalti pada minit-minit terakhir selepas Arjen Robben dijatuhkan kapten Mexico, Rafael Marquez. Huntelaar yang diberikan amanah mengambil sepakan tidak mensia-siakan untuk menewaskan Ochoa buat kali kedua.

Jaringan:

Belanda – 2 ( W. Sneijder 88′, K. Huntelaar 90+4′)

Mexico – 1 (G. dos Santos 48′)

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami