BEERSIH 2.0- Putarbelit Anwar Dakwa Polis Layan Teruk Hadi Awang Kantoi - pakdin.my

Kenyataan Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dilayan teruk oleh polis ketika ditahan pada perhimpunan haram, Sabtu lalu.

Ketua pembangkang itu membuat tuduhan pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam semalam.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM/KETUA PEMBANGKANG
“Apa yang Ustaz Hadi katakan dihina begitu rupa. Anak saya kena tangkap saya tak sesebak itu sebab dia anak muda tapi Ustaz Hadi seorang ulama umur 60an, bekas Menteri Besar, Ahli Parlimen dilayan teruk, diheret, dicampak dalam trak polis. Sistem apa yang Najib nak pertahankan? Dengan cara itu ingat Ustaz Hadi takut?

/

Kenyataan Hadi Awang

Hadi Awang

Ini pengakuan tuan punya badan yang didakwa Datuk Seri Anwar diheret dan dicampak dalam trak polis, pada Sabtu lalu.

DATUK SERI ABDUL HADI AWANG/PRESIDEN PAS
“Dengan pertolongan Allah subhanahuwataala semua kita dibebaskan dan saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa. Pergi hantar sampai ke rumah, saya ucap terima kasih banyak, saya ucap terima kasih layanan yang baik bukan untuk saya saja.”

Datuk Seri Hadi membuat pengakuan itu malam semalam sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmood, Kuala Terengganu.

Selain Datuk Seri Hadi, semua yang ditahan turut menerima layanan baik daripada polis.

Makanan disediakan dengan kos RM25 setiap seorang selain ruang solat untuk mereka yang beragama Islam.

UTAMABERITABEERSIH 2.0- Putarbelit Anwar Dakwa Polis Layan Teruk Hadi Awang Kantoi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium