KUALA LUMPUR: Pasukan Siasatan Khas Malaysia sudah menerima kotak hitam pesawat MH17 dan kedua-duanya kelihatan dalam keadaan baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata, pasukan Malaysia akan menjaganya dengan rapi sebelum diserahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa yang sedang dibentuk.
“Pada masa itu, kita akan serahkan kotak hitam berkenaan kepada pasukan penyiasat antarabangsa untuk analisis selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.